Kemelut politik Kedah 2020

Pada awal pertengahan tahun 2020, sebuah kemelut politik di negeri Kedah telah berlaku menyebabkan bertukarnya jawatan Menteri Besar Kedah[1] daripada Datuk Seri Mukhriz Mahathir kepada Muhammad Sanusi Md Nor. Ia berpunca daripada pemecatan beberapa ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat salah laku disiplin yang menyebabkan keluarnya dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti berkenaan lantas mengakibatkan hilangnya majoriti parti gabungannya iaitu Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan negeri Kedah. Selain itu, sokongan ADUN dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyokong kepimpinan utama parti mereka untuk keluar gabungan PH menyebabkan majoriti PH semakin berkurangan.Kemelut ini berakhir dengan pelantikan Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang meletak jawatan pada 17 Mei 2020.

Rujukan

WikiPedia: Kemelut politik Kedah 2020 http://www.astroawani.com/berita-politik/pentadbir... https://www.malaysiakini.com/news/424324 https://www.malaysiakini.com/news/451717 https://www.malaysiakini.com/news/454977 https://www.malaysiakini.com/news/513136 https://www.malaysiakini.com/news/525280 https://www.malaysiakini.com/news/525493 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/02... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05...